<width>40</width>
Ada Gaya Tak???
Awat nangis pulak tu?
Tengah tengok apa tu?
Something special ker??
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
13 Oktober 2008, 1.10 petang]]></description>
Tasnim...baru bangun tidur...tengah mamai nie
Baru nak segar mata
Ibu...bunyi apa tu..kuat sangat bunyinya?
Ibu..jomlah kita tengok ada apa tu?
Cantiknya....bunga api..ibu
Macam-macam colourlah ibu...
Merahnya...
Ungu...
lawanya bunga api nie ibu
Kemeriahan dirasai...
Tasnim...jom balik. Bunga Api dah habis
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
27 Ogos 2008, 1.10 petang]]></description>
Kek Coklat...yang telah dipotong 
Lagi Kek Coklat
Lagi....dan Lagi Kek Coklat
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
28 Mei 2008 1.10 petang]]></description>
<description><![CDATA[Bertolak dari rumah jam 9.00 pagi meneruskan perjalanan ke Genting Highland. Sampai di Genting, hujan gerimis mulai turun. Ibu dan ayah perlu  menunggu sebentar sebelum meneruskan perjalanan untuk menaiki gondola (cabel car). Setelah beberapa minit berlalu alhamdulilah, dapat juga ibu dan ayah meneruskan hajat untuk menaiki gondola. 
Selepas menaiki gondola, ibu dan ayah singgah di 10 Top Animal In The World. Terdapat 200-300 spesis di dalamnya. Untuk orang dewasa tiket berharga RM12.00 manakala untuk kanak-kanak berharga RM7.00. Kami melawat hanya 30 minit sahaja kerana lokasinya kecil dan setiap spesis binatang hanya ada 1- 3ekor sahaja.
Nyamannnya.....
Ibu dan Tasnim....dalam gondola
Ibu dan Tasnim...tengok apa tu?
Ibu dan Tasnim...dalam kapal terapung
Inilah dia kapal terapung yang dinaiki
Bersama ibu...dikelilingi olrh rusa-rusa yang telah diawet
Bersama ibu ...di 10 Top Animal In the World
Burung Firaun
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
20 Oktober 2007, 1.10 petang
<description><![CDATA[Hari Raya kali ini buat pertama kalinya, ibu membawa Tasnim ke masjid untuk menunaikan Solat Hari Raya Aidil Fitri di masjid. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Tasnim lansung tidak menangis dan sabar menanti sehingga ibu selamat menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitir 2007. Nenek dan Mak Teh membantu ibu untuk menjaga Tasnim ketika di masjid tersebut.
Hari Pertama hanya berada di rumah sambil membantu nenek melayan para tetamu yang tak putus-putus datang. Cuaca di hari pertama agak tidak menentu menyebabkan ibu dan ayah menangguhkan untuk menziarahi sanak-saudara pada hari tersebut. Manakala pada Hari Raya Kedua barulah ibu dan ayah berkesempatan menziarahi sanak saudara di sebelah ibu dan ayah.
Tasnim sedang cuba didirikan oleh ibu
Awat tunduk jee...Tasnim
Bersama ibu di rumah Nenek
Bersama ibu di rumah Nenek Long Esah
Bersama ibu di luar rumah Nenek Long Esah
Bersama Ibu, Mok de dan Moyang 
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
13 Oktober 2008, 1.10 petang]]></description>
Tasnim bersama ibu di dalam Feri ke Pulau Pangkor....Nak Sambut Hari Merdeka ker tu?
kesian anak ibu nie...masih mengantuk lagi dia
Tasnim atas katil Hotel Lead View, Lumut
Sambil diperhatikan oleh ibu dan Kakak Saiyidah
Tasnim tengah bersantai atas katil
Tasnim dalam kerete....
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
6 September 2008, 1.10 petang]]></description>
Masih di alam mimpi  :-O  :-O 
Baru sedar....terus senyum  ;-) 
Lagi besar gelaknya  :-)  :-> 
Gembira hati ibu bila lihat Tasnim gelak  :-D  :-D 
Dah berubah pulak mukanya....something wrong ker?  LOL  LOL 
Dah sahlah nie...Tasnim dah laparah ibu  :-(  :-( 
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
6 September 2007, 1.10 petang]]></description>
<description><![CDATA[Alhamdulilah Tasnim telah sihat dari Demam Kuning. Setelah bertarung selama sebulan lebih baru keadaan Tasnim pulih. Pelbagai ikhtihar telah dijalankan antaranya ubat hospital - di bawah sinaran lampu ultra sound selama 4 hari 3 malam di Hospital Melaka serta berulang alik ke Hospital Jasin untuk memantau bacaan kunung Tasnim, ubat Homopathy - 3 jenis ubat rawatan untuk seminggu - ubat seperti biji mata ikan yang dilarutkan dengan susu, susu kamping - minum masuk dalam botol susu, mandi daun Dukong Anak Merah/Kuning, mandi Ubat Sei-sei - warna kekuning2an pagi dan petang selama seminggu dan akhirnya jemur Tasnim di bawah sinaran matahari jam 9.30 pagi -10.30 pagi.
Usaha yang tidak pernah jemu akhirnya membawa kejayaan. Tapi menurut pandangan ibu, yang paling berkesan adalah menjemurkan Tasnim di sinaran matahari antara jam 9.30 pagi - 10.30 pagi bagi memulihkan semula keadaan badan Tasnim yang suka tidur dan kurang menyusu.
Tasnim bersama nenek tersayang
Close up
Inilah dia gambar Tasnim masa usia 2 bulan  :-D 
Cuba teka...rupa sapa Tasnim nie? :-> 
Kenapa Menangis nie?  Nenenk tolong ibu jaga Tasnim....:-O  :-O 
Bulatnya mata Tasnim :-D 
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
20 Julai 2007, 1.10 petang]]></description>
<description><![CDATA[Pada hari ketujuh baby dilahirkan iaitu pada 3 Jun 2007, ibu dan ayah telah sepakat untuk menamakan baby dengan nama Ahmad Tasnim. Ahmad bermaksud terpuji manakala Tasnim bermaksud air terjun dalam syurga. Doa ibu semoga Tasnim akan menjadi anak yang soleh, beriman, bertaqwa dan memberi manfaat untuk kedua ibubapanya kelak samada di dunia maupun di akhirat kelak...amin.  Semoga dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, dijodohkan dengan jodoh yang baik, mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat serta mendapat pengakhiran hidup yang mulia...amin ya rabbal ngalamin.
Perihal Tasnim yang ingin ibu kongsikan bersama. Usia ketika dilahirkan adalah 36++ minggu, berat 2.7kg, ketinggian 49 cm, kulit sawo matang (ikut kulit ayah kot), nampak tenang dan penyabar  :-). Sifatnya kurang meragam. Suka tidur.Siang tidor malam jaga  LOL. Jaga kalau lapar/dahaga. Nangis kalau sakit perut. . 
Ketika Tasnim baru lahir muka Tasnim sukar untuk dijangkakan samada ikut muka ibu atau ayah atau kombinasi kedua-duanya. Setelah seminggu Tasnim lahir ke dunia....setelah ditenung-tenung, raup muka Tasnim lebih menyebelahi muka ayah   :-D. Macamana nie anak lelaki pun ikut muka ayah? Tak aci nie....bila pulak anak ibu nak ikut muka ibu nie  LOL  LOL  LOL . Tak perlah cuba lain kali...mana tau nanti ada yang ikut raut muka ibu pulak  :-D.]]></description>
<description><![CDATA[Pada 31 Mei 2007, jam 2.00 petang nurse dari Klinik Desa Simpang Kerayong telah datang untuk membuat check up  untuk ibu dan baby. Nurse mendapati terdapat kuning pada baby lalu menggesa untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Nenek dan atuk telah membawa baby ke Hospital Jasin untuk membuat pemeriksaan darah di Makmal Hospital Jasin. Hasil daripada pemeriksaan di dapati bahawa bacaan darah baby adalah '17' dan dikehendaki untuk dimasukkan ke Wad Hospital Melaka kerana wad Hospital Jasin telah penuh.
Selepas solat asar, kami bergegas ke Hospital Melaka yang terdiri daripada Ibu, ayah, nenek dan kakak Saiyidah serta baby. Setibanya di Hospital Melaka kami terus ke Wad Kecemasan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Bacaan darah pada baby telah diambil sekali lagi untuk menentusahkan bacaan yang telah dibuat. Hasilnya ialah '16++'. Baby perlu ditahan di Wad Nursery, Aras 2,  Hospital Melaka. Ibu tidak dapat tinggal di wad bersama baby kerana kekurangan katil di Hospital Melaka. 
Doktor telah membuat perbagai pertanyaan di atas kes tersebut. Suasana di dalam Nursery sungguh menyayat hati. Kedengaran suara anak-anak kecil menangis sekuat hati. Sang ibu juga turut menitiskan air mata bila mendengar tangisan anak-anak kecil di sini. Hanya para ibu dan ayah sahaja yang dibenarkan untuk menziarahi anak mereka di Nursery. Kaum kerabat, sahabat handai, datuk nenek dan lain-lain tidak dibenarkan untuk menziarahi. Sebelum meninggalkan baby di Nursery ibu telah menyusukan baby untuk kali terakhir pada malam itu. Sungguh berat rasanya untuk meninggalkan baby setelah 4 hari bersama di dunia ini. Ibu juga rasa terharu bila melihat baby dalam keadaan tanpa baju hanyalah sekeping pampers dan penghalang mata yang menyelubungi diri baby.
Keesokan harinya, ibu, ayah dan kakak Saiyidah datang melawat baby lagi. Bersama bekal susu yang telah ibu perah malam semalam untuk diberikan kepada baby. Susu perahan tersebut terus ibu masukkan ke dalam peti sejuk di Nursery, Hospital Melaka. Kelihatan begitu banyak sekali susu yang telah diperah oleh sang ibu untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Rupanya begitu prihatin sungguh sang ibu dalam memberikan susu ibu kepada sang anak.Hari ini bacaan baby telah meningkat kepada '22'.
Selama 4 hari, 3 malam baby telah tinggal di Wad Nursery, Hospital Melaka iaitu dari 31 Mei 2007 hingga 1 Jun 2007. Pada 1 Jun 2007 jam 2.00 petang, baby telah dibenarkan balik. Bacaan baby adalah seperti berikut '17'(2 lampu) - '22'(4 lampu) - '18.5'(3 lampu) - '18.9'(2 lampu) - '11'(1 lampu). Sungguh lega rasa hati ibu bila baby dibenarkan pulang. Alhamdulilah....syukur kepada Allah yang telah menyembuhkan baby  :-) .
Pada 3 Jun2007, nurse telah datang lagi untuk membuat check up. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Nurse nampak baby kembali kuning. Hati ibu kembali gelisah lagi. Nurse mencadangkan supaya baby dimandikan dengan air dukong anak sebagai ikhtihar cara perubatan kampung. Jenuh juga nenek mencari di sekeliling kampung untuk mendapatnya. Alhamdulilah dapatlah barang secekak untuk dibuat mandi pada petang tersebut dan hari-hari seeterusnya. 
Pada 6 Jun 2007, baby masih kelihatan kuning. Nurse menggesa supaya baby diambil juga bacaan. Keesokannya ibu, nenek dan datuk pergi semula ke Makmal Hospital Jasin untuk mendapatkan bacaan. Bacaan adalah '15'. Doktor menggesa supaya baby diberikan kerap susu dan dikejutkan sekiranya tidur lena lebih daripada 2 3 jam. Namun baby perlu diambil bacaan semula pada keesokan harinya. Alangkah terkejutnya apabila bacaan  baby telah naik kepada '16.8'. Terus doktor mengeluarkan surat untuk di hantar ke Wad Hospital Jasin. Kemungkinan besar baby akan ditahan sekali lagi. Perasaan ibu bercelaru kembali....
Jam 11.35 pagi, ibu, nenek, atuk dan kakak Saiyidah tiba di Wad Kecemasan Hospital Jasin untuk daftar masuk. Baby telah diambil ujian darah di bahagian tangan supaya mendapat bacaan yang lebih tepat. Puas kami menunggu sehingga jam 1.45 tengahari keputusan ujian darah masih belum kami terima. Kakak Saiyidah sudah kelaparan yang amat sangat. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk makan tengahari dan menguruskan keperluan ibu dan baby sekiranya baby terpaksaa ditahan di wad kelak. Selepas solat zohor, kami bergegas semula ke Hospital Jasin untuk mengetahui bacaan ujian darah tersebut. Alangkah sedihnya ketika kami tiba jam menunjukkan pukul 2.30 petang tetapi bacaan masih tidak ada. Dengan kesabaran yang kami ada....terpaksalah kami menunggu dan terus menunggu. Akhirnya pada jam 4.00 petang baru bacaan ujian darah diterima iaitu 14.32. Doktor memberitahu bahawa baby tidak perlu ditahan di wad lagi. Kuning baby hanya pada paras dada. Beliau menggesa supaya baby diambil semula bacaan darah pada keesokan harinya. Sekiranya melebihi '15' pada ujian darah di tangan baru akan dimasukkan ke wad. Ibu dengan rasa kecewa terhadap keputusan yang doktor berikan.Mengapalah doktor tidak menahan baby agar penyakit kuning baby segera sembuh. Sabar...sabar....hanya kesabaran sahaja menenangkan perasaan hati ibu  :-( .  
Keesokan harinya 7 Jun 2007,  ibu bertekad untuk tidak membawa baby lagi untuk ujian darah. Cukuplah segala darah-darah yang telah diambil selama ini. Bila ibu lihat kesan pada tangan dan kaki baby timbul rasa kasihan yang amat sangat. Berapa lamakah penyakit ini baru sembuh? Adakah dengan mengetahui bacaan pada ujian darah akan dapat menyembuhkan baby?
Mulai hari ini ibu telah membuat sedikir perubahan iaitu dengan menyemur baby, memberi sedikit susu kambing, mandikan dengan air dukong anak pada setiap hari. Ibu juga turut membeli ubatan Homoepathy untuk mengembalikan vitamin-vitamin dan zat-zat yang telah hilang akibat darah baby diambil sebelum ini. Ubat tersebut berwarna putih dan berbentuk seperti biji sagu mata ikan. Ianya mudah larut pada air yang suam/panas. Tiada rasa dan  tiada bau. Maka ibu akan memasukkanya ubat homoepathy bersama susu/air ketika ibu memberikan baby susu/air dalam botol. 
Sehingga kini, 20 Jun 2007 ibu terus menerus menjemur baby agar penyakit kuning baby cepat sembuh,    insyaallah......Amin. Baby sekarang sudah berusia 23 hari. Hanya tinggal 7 hari baby akan melangkah ke umur 1 bulan  :-) . Semoga cepat sembuh dan kembali aktif seperti sediakala....amin.